LIGUE 1
Monaco pikat Aholou susulan kehilangan Moutinho
AS Monaco mengikat Jean-Eudes Aholou dari Strasbourg susulan perpindahan Joao Moutinho ke Wolves.
Pemain dari Ivory Coast berusia 24 tahun itu berpindah ke Stadium Stade Louis II menerusi perjanjian selama lima tahun dengan bayaran yang dipercayai sekitar €15 juta (RM71.1j).
Dia menjadi pemain kedua termahal yang ditandatangani Leonardo Jardim pada musim panas ini dengan dibayangi nilai €20j (RM94.9j) yang dibayar kepada Lyon untuk memancing pemain berusia 16 tahun, Willem Geubbels.
Ahoulou menyertai Strasbourg pada Januari 2017 dengan membantu mereka meraih promosi dari Ligue 2 sebelum meledak lima gol ketika mereka mengelak tergelincir daripada kancah Ligue 1.
Monaco bergerak pantas untuk mendapatkan tandatangan pemain tengah itu selepas Moutinho berhijrah.
Pemain antarabangsa Portugal berkenaan yang beraksi sebanyak 113 kali untuk negaranya, membuat 211 penampilan bersama Monaco selepas tiba dari Porto pada 2013 dengan membantu mereka ke gelaran Ligue 1 pada 2017.