Skip to main content

Bola Sepak

Monaco kongsi kedudukan teratas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

radamel-falcao-cropped_13un3pxqy7kj114diduzjgewn8.jpg
LILLE 0 MONACO 4

Monaco berjaya menyamai mata yang dimiliki pendahulu Ligue 1, Paris-Saint Germain (PSG), selepas menewaskan Lille 4-0 di Stade Pierre-Mauroy, semalam.


Kapten, Radamel Falcao, menjaringkan golnya yang ke-10 dan 11 musim ini sambil dua lagi jaringan daripada Stevan Jovetic dan Rachid Ghezzal mengesahkan kemenangan keenam liga buat Les Monegasques pada musim ini.

Monaco bermula garang menerusi gandingan Falcao serta Jovetic, dan berada di depan pada minit ke-24 selepas Jovetic bijak menggunakan kesempatan kekalutan benteng tuan rumah untuk menewaskan penjaga gol, Mike Maignan, sekaligus mencatat jaringan pertamanya buat pasukan sejak tiba dari Inter Milan.

Enam minit kemudian, pemain kelahiran Algeria, Ghezzal, meletakkan Monaco dalam kedudukan selesa selepas bijak menyempurnakan hantaran Almamy Toure untuk pelawat mendahului 2-0 menuju waktu rehat.

Empat minit bersambung babak kedua, Falcao menanduk masuk  gol ketiga selepas percubaan awal Rony Lopes gagal ditampan kemas oleh Maignan.

Penyerang Colombia itu melengkapkan malam hebat buat Monaco menerusi sepakan penalti pada minit ke-74 untuk mengesahkan kemenangan 4-0 ke atas Lille dan menyamai 18 mata yang dimiliki PSG di puncak liga.

Bagaimanapun, skuad kendalian Unai Emery itu berpeluang untuk menjarakkan kedudukan apabila turun menentang Montpellier, malam ini.

Advertisement

Must Watch Video