AS Monaco telah menandatangani khidmat pemain penyerang Lazio, Keita Balde Diao dengan yuran perpindahan dilaporkan mencecah GBP27 juta (RM149 juta).
Pemain antarabangsa Senegal itu telah mengikat kontrak lima tahun dengan juara Ligue 1 musim lalu itu.
"Saya sangat gembira menyertai Monaco. Saya sangat berbesar hati dapat berada di sini dan tidak sabar untuk memulakan aksi.
"Ramai pemain dan sahabat saya yang bercakap tentang kelab ini. Jadi apabila saya mendapat peluang itu, saya terus setuju.
"Ini adalah projek yang amat ideal buat saya. Saya gembira menyertai pasukan yang kuat dengan pemain ternama yang beraksi mantap musim lalu."
Timbalan Presiden Monaco, Vadim Vasilyev berkata:"Kami teruja membawa masuk Keita Balde ke Monaco. Dia seorang penyerang muda yang telah pun membuat 100 penampilan di Serie A di samping memiliki pengalamn beraksi di kejohanan Eropah.
"Kami sudah menelitinya buat sekian lama. Dia telah pun mempamerkan kualiti yang banyak."
Lahir daripada akademi La Masia, Barcelona, Keita berjaya menempatkan dirinya di kalangan pemain muda terbaik Serie A selepas empat tahun di Rome.
Pemain berusia 22 tahun itu telah dikaitkan dengan Juventus dan Inter sebelum bersetuju menyertai kelab kendalian Leonardo Jardim.
Keita Balde adalah pemain kedua selepas Stevan Jovetic yang menyertai Monaco dengan Kylian Mbappe dijangka menyempurnakan perpindahan ke Paris Saint-Germain.
Mbappe bakal dipinjamkan selama semusim ke PSG sebelum menyempurnakan perpindahan dengan bayaran GBP166 juta (RM915 juta) musim depan.
Sementara itu, pembelian Keita Balde dan Jovetic menguatkan lagi khabar angin bahawa mereka bersedia untuk melepaskan Thomas Lemar ke Liverpool dengan kelab England itu telah pun melancarkan bidaan GBP70 juta (RM385 juta).