Monaco telah mengumumkan perpindahan Benjamin Lecomte daripada pesaing Ligue 1, Montpellier.
Lecomte menandatangani perjanjian selama lima tahun selepas Monaco melengkapkan perpindahan yang dilaporkan bernilai EUR13 (RM60 juta) juta buat penjaga gol tersebut.
Pemain berusia 28 tahun itu menjadi pilihan utama buat Montpellier selama dua tahun dan akan bersaing dengan Danijel Subasic di Monaco.
Walaupun masih belum tampil buat skuad kebangsaan Perancis, dia disenaraikan dalam pasukan Les Bleus sebanyak dua kali oleh pengendali, Didier Deschamps.
"Saya berbangga untuk hadir ke Monaco, sebuah kelab besar dalam Liga Perancis," katanya.
"Ia cabaran baru dalam karier saya. Saya tiba dengan penuh motivasi dan keinginan untuk memberikan banyak perkara kepada pasukan.
"Saya harap kami akan melalui musim yang hebat bersama. Kini, saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan dan memulakan perjalanan ini."
Lecomte merupakan pemain pertama yang dibawa masuk Monaco menjelang musim 2019-20 selepas kehilangan khidmat Youri Tielemans yang berhijrah ke Leicester City.