Moise Kean sempat hasilkan album rap

Shaiful Shamsudin
Disember 19, 2024 10:52 MYT
Sesibuk mana pun penyerang Fiorentina, Moise Kean, dalam misinya merobek gawang lawan, dia baru sahaja melancarkan album genre rap berjudul 'Chosen'.
Bekas bintang muda Juventus itu kini merupakan penjaring gol ketiga terbanyak Serie A dengan rekod sembilan jaringan.
Malah, dia telah menganjurkan sebuah parti dan mengadakan persembahan di Milan, minggu lalu, yang dihadiri rakan-rakan di kem Fiorentina dan bekas rakan sepasukannya bagi mempromosikan album yang mengandung 11 lagu itu.
Pemain Rossoneri, Rafael Leao, dan pemain Fulham, Alex Iwobi, juga pernah menghasilkan album rap di sebalik jadual padat bola sepak global masa kini.
#Fiorentina #Serie A
;