Skip to main content

Bola Sepak

Mohamed Salah optimis 'peluang cerah' sambar Ballon d'Or

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah.jpg
Penyerang berbisa Liverpool, Mohamed Salah, percaya dia mempuyai 'peluang cerah' untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or 2025 selepas memainkan peranan utama dalam memacu pasukannya muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pemain kelahiran Mesir itu mengetuai senarai calon bagi Anugerah Pemain Terbaik EPL musim 2024/25 apabila membantu The Reds merangkul gelaran kedua dalam tempoh lima tahun.

Untuk rekod, Salah kini mendahului dalam carta jaringan dengan 28 gol dan 18 bantuan jaringan.

Pemain berusia 32 tahun itu turut telah memecahkan rekod penglibatan gol terbanyak dalam 38 perlawanan -iaitu 28 gol dan 18 bantuan jaringan- dan kini hanya memerluan satu lagi bagi menyamai rekod milik Andrew Cole dan Alan Shearer.


 

Ketika ditanya mengenai sasaran utamanya, Salah menjelaskan: "Ia pernah membuat saya gila sebelum ini. Beberapa perkara tidak berada di tangan anda, jadi anda menyerah ke arah itu.

"Apabila anda pergi bekerja, anda mengingatkan diri anda mengenai apa yang anda mahu capai musim ini, jadi ia mendorong anda untuk bekerja lebih keras.

"Saya ingin memenanginya satu hari nanti. Tetapi jika ia tidak berlaku, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Saya pasti ada peluang cerah untuk memenanginya tahun ini, kita lihat nanti." katanya.

Advertisement

Must Watch Video