Andy Robertson percaya Mohamed Salah beraksi dalam dimensi berbeza berbanding pesaingnya selepas penyerang Liverpool itu sekali lagi menjadi watak utama dalam kemenangan pasukannya ke atas Manchester City.
Salah bukan sahaja menjaringkan satu gol, malah turut mencipta peluang untuk dominik Szoboszlai meledak jaringan kedua, membolehkan skuad kendalian Arne Slot mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas City, awal pagi tadi.
Kejayaan itu melebarkan jurang kepada 11 mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), menegaskan dominasi The Red musim ini.
Penyerang sensasi Mesir itu telah terlibat dalam 41 gol sepanjang kempen (EPL) musim ini dengan rekod luar biasa 25 gol dan 16 bantuan jaringan.
Lebih mengagumkan, Salah kini menjadi pemain pertama dalam sejarah EPL yang mencatat lebih 40 sumbangan gol dalam dua musim berbeza, setelah melakukannya pada musim 2017-18 dengan 42 gol dan bantuan jaringan.
Rakan sepasukannya, Robertson, tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya terhadap bintang Mesir itu.
"Saya sebenarnya sudah letih bercakap tentangnya! Tapi tidak, dia memang luar biasa," katanya kepada BBC Match of the Day.
"Percaturan bola pegun kami menjadi dan itu sesuatu yang cukup menggembirakan.
"Setiap pemain memainkan peranan mereka dengan cemerlang dan Mo mendapat penghormatan menyudahkan peluang itu ke gawang lawan.
"Satu lagi gol, satu lagi bantuan jaringan dia tidak pernah mengecewakan. Usaha kerasnya dalam bertahan juga sangat mengagumkan.
"Dia dan Lucho (Luis Díaz) bekerja tanpa henti dan itu adalah faktor utama kami berjaya mencatatkan kemenangan tanpa bolos.
"Dia sedang beraksi di dimensi lain sekarang, benar-benar di puncak permainannya.
"Kami sangat bertuah memilikinya, itu sudah pasti."

Salah has now both scored and assisted a goal in 11 (!) different Premier League games this season.
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) February 23, 2025
The previous competition record was seven... ?#MCILIV pic.twitter.com/NgWTDMy6Y3