Skip to main content

Bola Sepak

Modric bermain bola sepak seperti menari -- Kaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

modric.jpg
Luka Modric membuatkan bola sepak terlalu mudah dan berhak untuk mengetuai Croatia ke final Piala Dunia, kata  bekas bintang Real Madrid, Kaka.

Modric berhak menerima pujian selepas membantu Croatia mara ke final Piala Dunia buat kali pertama  selepas mengatasi England dalam separuh akhir.

Kaka bersama Modric selama semusim sebelum meninggalkan gergasi LaLiga itu untuk menyertai semula AC Milan pada 2013, dan bekas perancang Brazil itu memuji persembahan pemain nombor 10 Los Blancos itu.

"Modric menunjukkan kepada kami  betapa senang untuk bermain bola sepak. Percayalah, ia adalah satu kemahiran yang sukar," kata Kaka.

"Bermain dalam Piala Dunia lebih sukar dan dia bermain sangat bersahaja. Ia seperti tarian baginya.

"Kini, dia merupakan antara pemain yang berada di tahap  terbaik. Empat gelaran Liga Juara-Juara (UCL), beraksi dalam final Piala Dunia dan mengetuai Croatia.

"Jadi, saya ingin ucapkan tahniah kepada Modric."
 

Advertisement

Must Watch Video