Mo Salah kembali perkuat skuad The Reds
Ammar Hakim
Mac 7, 2024 08:08 MYT
Mac 7, 2024 08:08 MYT
Mohamed Salah akan kembali membuat persiapan menjelang aksi pada Ahad bertemu Manchester City dengan mendapatkan minit permainan dalam aksi Liga Europa berdepan Sparta Prague selepas pulih daripada kecederaan.
Klopp mengakui pemain kebangsaan Mesir itu selalunya tidak tersenarai dalam skuad untuk aksi Liga Europa namun berdasarkan masalah kecederaan yang dialami pasukan -- sembilan pemain kesebelasan utama tidak beraksi -- ternyata kelibatnya amat penting buat pasukan.
Dengan pertembungan penting dalam aksi Liga Perdana Inggeris bertemu City makin hampir, pemain berusia 31 tahun itu -- yang hanya bermain 46 minit pertama dan satu penampilan sebagai pemain gantian berdepan Brentford sejak meninggalkan awal saingan Piala Negara-Negara Afrika dengan kecederaan hamstring -- berpeluang untuk mencari semula rentak permainannya.
“Dia telah bersama kami dan berlatih selama dua hari, dia sudah mendapatkan kecergasan penuh, namun kami harus melihatnya terlebih dahulu. Tetapi ia amat penting dia sudah kembali bersama kami. Ia sangat bagus dan anda dapat melihatnya dia sangat gembira,” kata pengendali pasukan, Jurgen Klopp.
“Ia merupakan situasi yang agak janggal kerana sudah lama tidak beraksi kemudian bermain dengan cemerlang bertemu Brentford, dan selepas itu kembali mengalami kecederaan.
“Kami perlu berhati-hati, kami akan melewati fasa penting dan semua pemain diperlukan pasukan."