EPL
Mo Salah jalani latihan sebelum bersahur
Mohamed Salah memuat naik video menjalani latihan awal pagi sempena bulan ramadan.
Susulan berdepan penyingkiran Piala FA di suku akhir di tangan Manchester United, ia tidak mematahkan semangat buat bintang Liverpool untuk terus melihat ke hadapan.
Walaupun sudah terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan quadruple, mereka masih lagi berpotensi untuk menamatkan musim dengan tiga gelaran -- satu telah dimenangi menerusi Piala EFL.
Iklan
Ketika saingan di peringkat kelab bakal bersambung dua minggu lalu susulan rehat antarabangsa, Salah memuat naik gambar dia menjalani latihan di gimnasium pada awal pagi.
Ia bagi memastikan dia dapat menjalani ibadah berpuasa pada bulan ramadan.
Mohamed Salah in the gym training at 1:37am.The King doesn’t rest ? pic.twitter.com/aO1WAcul9d— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) March 19, 2024
Liverpool masih lagi di landasan untuk menjuarai Liga Europa sementara dalam saingan tiga kelab gergasi Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal dan Manchester City untuk merangkul gelaran liga.
Must-Watch Video