MLS: Lionel Messi tidak ambil masa lama untuk kembali meledak
Saufi Tahir
April 7, 2024 11:38 MYT
April 7, 2024 11:38 MYT
Penyerang Inter Miami, Lionel Messi, kembali menjaringkan gol dalam kepulangannya selepas mengalami kecederaan buat pasukannya Inter Miami dan berjaya mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Colorado Rapids, awal pagi tadi.
Pemain berusia 36 tahun itu tidak beraksi sejak diketepikan selepas mengalami kecederaan ringan pada hamstringnya ketika beraksi dalam saingan Piala Juara-Juara Concacaf, bulan lalu.
Points shared! ⚖️ #MIAvCOL pic.twitter.com/tojtWfFAC8
— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) April 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia kembali ke padang pada malam Sabtu dan berada di bangku simpanan pada awalnya sebelum masuk dan menjaringkan gol justeru menyamakan kedudukan pada minit ke 58 selepas penyerang Colorado Rafael Navarro menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sebelum separuh masa pertama.
Jaringan itu merupakan gol keempatnya dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) musim ini.