Skip to main content

Bola Sepak

MLS: Jordi Alba kembali berganding dengan Messi, Busquets di Inter Miami

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messialba.jpg
Inter Miami kini memiliki tiga bekas pemain berprofil tinggi Barcelona.

Kelab Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) itu menandatangani pertahanan veteran, Jordi Alba, yang akan kembali bergandingan dengan Lionel Messi dan Sergio Busquets.

Pemilik bersama Inter Miami, Jorge Mas, mengumumkan ketibaan pemain itu semalam sambil mengesahkan bahawa Messi dan Busquets akan melakukan penampilan pertama mereka bersama kelab itu dalam perlawanan Piala Liga menentang Cruz Azul pada Sabtu ini.

"Dia (Messi) akan melakukan penampilan pertamanya Jumaat (Sabtu) ini," kata Mas.

"Seberapa lama, bila dan apa yang akan dilakukannya terpulang kepada dirinya dan (jurulatih) Gerardo Martino."

Messi dan Busquets kedua-duanya sudah mula menyertai latihan di Miami semalam, tiga hari selepas Messi menandatangani kontrak dua setengah tahun bersama kelab itu.

Mereka kini akan kembali berkhidmat di bawah Martino, yang pernah mengendalikan Barcelona musim 2013-14.
 

Advertisement

Must Watch Video