Skip to main content

Bola Sepak

MLS: Hatrik hari terakhir sahkan Kasut Emas milik Messi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel-messi.jpg
Ketua pasukan Inter Miami, Lionel Messi, meledak hatrik pada hari terakhir peringkat pertama Liga Bolasepak Utama (MLS) untuk merangkul Anugerah Kasut Emas 2025.

Tiga gol sumbangannya serta bantuan jaringannya membantu kejayaan 5-2 Miami di Nashville SC,sebentar tadi, sekali gus menyaksikan bintang Argentina itu mencetak 29 gol dalam hanya 28 perlawanan.

Pencabar terdekatnya, Denis Bouanga, daripada Los Angeles (LAFC) dipisahkan dengan lima gol dan memerlukan enam gol ke atas Colorado untuk merampas gelaran Kasut Emas itu.

 

Tonggak Nashville, Sam Surridge, juga memiliki 24 gol selepas menjaringkan gol ketika berdepan Miami.

Hanya tiga pemain -- Carlos Vela (34), Josef Martinez (31) dan Zlatan Ibrahimovic (30) -- pernah menjaringkan lebih banyak gol dalam peringkat pertama MLS berbanding Messi.

Peringkat kedua MLS (postseason) bagi menentukan juara MLS yang melibatkan pertembungan kelab timur dan barat pula akan bermula minggu depan. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video