pemain dan pengurus itu dilayangkan kad merah oleh pengadil, Chris Kavanagh, sewaktu The Cottagers tewas 1-3 dalam perlawanan suku akhir di Old Trafford.
Selapas semakan video bantuan pengadil terhadap insiden bola terkena tangan Willian, yang turut dibuang padang, pengadil itu kemudian mengarahkan Silva untuk meninggalkan padang sebelum melayangkan kad merah kepada Mitrovic kerana menolaknya, sekali gus menyaksikan Fulham terpaksa beraksi dengan sembilan pemain dan tanpa pengurus.
Bruno Fernandes kemudian menjaringkan sepakan penalti itu sebelum Fulham tewas selepas mendahului 1-0.
Pemain dan pengurus itu turut mendedahkan bahawa mereka telah melakukan permohonan maaf kepada Kavanagh dan bersedia untuk menerima sebarang hukuman disebabkan kelakuan mereka.
"Saya telah mewakili pasukan kebangsaan saya dan mempunyai masa untuk memikirkan mengenai perlawanan menentang Manchester United," kata Mitrovic dalam laman web rasmi pasukan itu.
"Seperti yang semua orang tahu, ia satu perlawanan yang beremosi, di mana pasukan kita telah memberikan segala-galanya di atas padang dan mencuba untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia.
265 - There were just 265 seconds between Willian's red card with the score 0-1 to Fulham, and Man Utd going 2-1 up with Fulham down to nine men. Calamitous. pic.twitter.com/6Lr121YP9G
— OptaJoe (@OptaJoe) March 19, 2023
"Secara peribadi, saya kesal dengan tindakan yang saya lakukan sehingga dibuang padang. Saya membiarkan kekecewaan mengawal diri saya dan reaksi yang saya tunjukkan adalah satu kesilapan.
"Saya menerima penggantungan tiga perlawanan kerana kad merah ini. Saya sudah bercakap dengan Chris Kavanagh untuk memohon maaf dan saya secara sukarela akan menerima denda yang akan dikenakan kelab ini.
"Saya mahu melakukan apa yang saya boleh lakukan untuk bertanggungjawab terhadap insiden ini dan membantu rakan sepasukan saya di atas padang secepat mungkin," katanya.
Pengurus pasukan, Silva, pula menambah: "Emosi kami amat tegang di Old Traffrod dan seperti yang saya katakan dalam sidang media selepas perlawanan itu, saya sepatutnya mengawal emosi saya dengan lebih baik.
"Ia momen yang amat sukar dalam bola sepak, dalam perlawanan yang kami mendominasi tetapi saya sepatutnya menangani situasi itu dengan lebih baik.
"Saya menyesal dengan apa yang berlaku dan sudah bercakap dengan Chris Kavanagh untuk memohon maaf."
Fulham selepas ini akan bertandang ke laman Bournemouth bagi meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.