Skip to main content

Bola Sepak

Misi, visi TMJ tentang bola sepak negara jelas -- Indra Putra

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indra.jpg
Bekas penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin, menyeru semua penyokong serta pihak berwajib bersatu padu mengharapkan yang terbaik untuk situasi bola sepak negara ketika ini. 

Bekas pemain Kelantan itu sempat mengatur pertemuan bersama pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ketika kunjungannya ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi penyerahan plak rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super kepada Bergson Da Silva yang mencecah 109 gol menewaskan catatannya sebelum ini dengan 106 gol.

"Saya amat teruja apabila dapat berjumpa dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), dalam masa sama dapat mendengar sendiri apa yg diperkatakan tentang misi dan visi Baginda tentang bola sepak negara kita.

"Sangat jelas dan saya percaya dan yakin dengan kerja keras dan semangat Baginda bahawa bola sepak Malaysia akan berada di tahap yang lebih cemerlang," katanya," katanya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Indra Putra turut meluahkan pandangan berkenaan penggantungan 12 bulan tujuh pemain warisan dan denda kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini.

"Dalam saat getir sebegini, kita tidak boleh terjerumus dalam budaya menyalahkan antara satu sama lain.

"Dengan visi misi dan rekod cemerlang Baginda dalam membangunkan JDT serta sumbangan baginda kepada bola sepak negara, TMJ bukan sahaja mempunyai kepimpinan yang diperlukan, tetapi juga hubungan antarabangsa yang boleh dimanfaatkan untuk membantu kita keluar daripada krisis ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 1nd23 (@indra_putra23)



"Ini bukan masa untuk kita semua menunding jari.

"Tapi ini adalah masa untuk kita bangkit dan bergerak bersama sebagai satu pasukan dan memastikan situasi ini terkawal," tambahnya.

"Trust the process.Dan Inilah masanya juga untuk semua pihak termasuk FAM, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Liga Bolasepak Amatur (AFL), Negeri-Negeri, kelab-kelab, dan seluruh ekosistem bola sepak Malaysia bersatu dan bergerak seiring ke arah penyelesaian yang konstruktif," katanya lagi.

Untuk rekod, Indra Putra telah melakukan 41 penampilan bersama Harimau Malaya, sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video