LIGA INGGERIS
Minggu penentu tiga kejuaraan Manchester City-- Aymeric Laporte
Pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte, berkeyakinan tinggi dalam misi menjulang tiga trofi sambil percaya pasukan kendalian Pep Guardiola itu sememangnya layak menikmati banyak kejayaan.
Seandainya City menewaskan Real Madrid awal pagi esok, maka mereka akan mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) kedua dalam tempoh tiga musim.
Selepas itu mereka menghampiri gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kelima dalam tempoh enam tahun sekiranya mengatasi ke atas Chelsea, hujung minggu ini menjelang dua baki perlawanan di tempat sendiri.
Lantas, Laporte mengakui mereka perlu memusatkan fokus mereka termasuk perlawanan akhir Piala FA membabitkan dua seteru di Manchester menanti pada 3 Jun depan.
“Ia satu situasi yang besar buat kami dan penting untuk musim ini,” katanya.
“Kami layak menikmati banyak perkara.
"Mudah-mudahan kami mampu mendapatkan 'treble' tetapi kami perlu fokus dalam setiap perlawanan, melakukan apa yang telah kami lakukan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan lebih banyak lagi."