Penyerang Preston North End, Milutin Osmajic, bakal berdepan hukuman penggantungan daripada kancah bola sepak selepas reaksinya mengigit bahagian belakang pemain Blackburn Rovers, Owen Beck pada minit ke-89 dalam aksi Liga Kejuaraan Inggeris, kelmarin.

Tindakan itu susulan Owen menendang Duane Holmes hingga dilayangkan kad merah sekali gus meningkatkan kemarahan Osmajic hingga menyebabkan dia melakukan tindakan itu.


A post shared by Sky Sports (@skysports)




Pengurus Blackburn, John Eustace, turut menjelaskan: 'Terdapat kesan gigitan pada belakang leher Owen. Tetapi sayangnya pengadil tidak melihat. Ini adalah isu yang serius." katanya.

Peristiwa itu hampir serupa yang pernah dilakukan oleh bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez, yang menggigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic, 12 tahun yang lalu.