Skip to main content

Bola Sepak

Milo Junior Champions League: 'Suatu hari nanti, pasukan ini dengan cita-cita besar akan berkembang jauh'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yap.jpg
Selepas kejayaan RYFC merangkul kejuaraan Milo Junior Champions League kategori bawah 14 tahun (B-14), pemiliknya, Yap Thiam Hoi, berharap lebih banyak lagi kemenangan dapat diraih anak buahnya selepas mendapat gelaran keempat tahun ini walaupun kelab baru ditubuhkan pada Februari 2025.

Yap juga terharu dengan kerja keras oleh pemainnya dalam bawa kelab itu ke peringkat tertinggi, lebih-lebih lagi barisan pemain merupakan daripada 'bakat biasa' bukan daripada akademi elit sekitar Malaysia.

"Mereka bukan yang terbaik, tetapi tetap pamer permainan terpuji. 

"Mereka mempunyai hati yang besar. Itulah perbezaannya. 

"Pasukan ini bukan hanya untuk satu pemain, malah memerlukan 11 orang untuk bermain bersama," katanya di Nadi Weekend.

Sementara itu, dengan melakukan segala usaha ini atas dasar minat mendalam untuk membangunkan akar umbi bola sepak, impian Yap adalah untuk membina pasukan pilihan yang mampu berada dalam saingan Piala Belia suatu hari nanti.

"Saya ingin bina satu pasukan impian berdasarkan pemain tempatan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video