Skuad RYFC tampil dominan untuk menundukkan pasukan Victoria Institution (VI) 3-0 dalam saingan minggu kedua, Kejohanan Liga Juara-Juara Milo 2025 kategori B-14 yang berlangsung di JSA Arena, Setia Alam.
Perlawanan tumpuan itu menyaksikan jaringan pertama di separuh masa pertama berjaya diraih pertahanan RYFC, A. Purraavin, menerusi tandukan daripada hantaran lintang di hadapan gawang lawan.
Gol kedua pula cemerlang disempurkan Muhammad Adam Harith menerusi sepakan penalti. Adam juga berjaya menyumbat gol ketiga pasukan di separuh masa yang kedua sekaligus memastikan kemenangan mutlak milik RYFC.
Tatkala RYFC berjaya meraih kemenangan, jurulatih RYFC, Nydhal pula menyifatkan bahawa masih banyak kelemahan dari aspek permainan yang perlu diperbaiki anak buahnya untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini
"Harap pasukan kekalkan momentum selepas beberapa perubahan daripada awal kejohanan. Kini pasukan bersemangat membina keserasian untuk mara lebih jauh di dalam kejohanan." kata jurulatih kelahiran Tunisia itu.