31 Ogos menjadi tarikh di mana RYFC merangkul kejuaraan keempat tahun ini, apabila mereka berjaya menerajui Milo Junior Champions League, kategori bawah 14 tahun (B-14).
Menariknya, mereka melakukannya dengan rekod cemerlang iaitu menang bersih, dengan hanya bolos dua gol sepanjang kempen liga.
Bagi ketua jurulatih, Nydhal Zellama, walaupun kemenangan itu satu kejayaan cemerlang, namun dia menyifatkan masih banyak lagi perlu diperbaiki, lebih-lebih lagi dalam mengejar impian bersaing di tahap tertinggi suatu hari nanti.
"Masih ada kesilapan secara individu mahupun berpasukan, selain sukar membuat keputusan.
"Selepas perlawanan tamat, kami akan berkumpul untuk membuat penilaian apa yang kami boleh perbaiki pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, pemain yang sudah tiga bulan tersisih akibat kecederaan, Raphael Yap, teruja dapat kembali bermain bersama pasukannya untuk kejohanan itu.
Raphael antara yang paling awal bersama pasukan, dan dapat melihat peningkatan demi peningkatan ditonjolkan pasukannya itu.