Tiada istilah penat demi seorang anak. Dari Perlawanan Sumbangsih ke Milo Junior Champions League. Penjaga gol Selangor, Kalamullah Al Hafiz hadir bagi memberi sokongan buat anaknya yang turun beraksi bersama TSS Selangor bawah 8 tahun.
Kurang daripada 24 jam selepas aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Johor Darul Ta'zim, Kalamullah pulang ke Selangor untuk memberi sokongan buat anaknya di JSA Arena, Setia Alam.
Bagi Kalamullah, komitmen sebagai seorang bapa juga penting dan yakin momen seperti ini akan sentiasa terpahat di hati anak-anak. Anak Kalamullah ini juga yang menariknya bermain di posisi yang sama seperti ayahnya, seorang penjaga gol.
"Saya harus bersamanya kerana dia bermain di posisi sama dengan saya, saya faham apa yang dia dan harus sentiasa memberi sokongan dalam apa jua dia minat.
"Sokongan dari kedua ibu bapa penting buat anak-anak, harus sentiasa berada disisi mereka tidak kira apa pun mereka ceburi" katanya kepada wartawan, Kamal Nizam.
Pasukan TSS Selangor berjaya menewaskan pasukan PC Kajang 5-1 dalam aksi yang berlangsung pagi Sabtu. Dengan mata terkumpul sebanyak 21 mata, TSS Selangor dinobat sebagai juara lebih awal bagi kategori Premier Bawah 8 tahun.

"Sebagai bapa, saya perlu support" - Penjaga gol Selangor FC, Kalamullah Al Hafiz ⚽?
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) August 9, 2025
Berita lanjut di @ASTROARENA pic.twitter.com/GU1nUNDOB3