Skip to main content

Bola Sepak

Milo Junior Champions League: Gandingan kembar pacu VI kekal dominasi kategori B-14

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vi-mila-cl.jpg
Victoria Institution (VI) kekal mendominasi kategori B-14, Milo Junior Champions League Season B 2025 Musim B apabila menewaskan Selangor 3-0 di laman sendiri hari ini.

Aksi perlawanan ketujuh Liga Premier itu menyaksikan VI memanfaatkan kelebihan fizikal dan teknikal untuk  merakamkan kemenangan kelima dan selesa menghuni takhta liga.

Seiring dengan slogan Milo "tenaga untuk melangkah jauh", begitu jugalah perjalanan VI dalam mempamerkan kualiti meskipun merupakan pendatang baru dalam saingan berkenaan.

VI tidak menggambil bahagian dalam saingan Musim A bagi menumpukan perhatian terhadap kejohanan lain tetapi kehadiran mereka kali ini disulami dengan reputasi menggerunkan selaku antara pengeluar bakat terbaik sukan bola sepak peringkat akar umbi.

Padang ikonik di Victoria Institution terus berjasa dalam melahirkan pemain yang disegani dan tradisi itu tampak berterusan apabila bakat luar biasa, iaitu gandingan adik-beradik kembar, Nur Faheem Zaydan Nurul Fakhri dan Nur Fareeq Zayyan Nurul Fakhri, mencuri tumpuan ramai.

Gandingan kembar itu bukan sekadar menjaringkan gol, malah kecemerlangan mereka memacu gerakan VI untuk memenangi perlawanan kali ini.

Nur Faheem Zaydan berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Kami teruja kerana dalam kejohanan ini banyak pasukan PLD (Pusat Latihan Daerah) yang boleh bermain baik.

"Mereka memiliki fizikal yang lebih besar, jadi kami perlu mendapatkan pengajaran daripada mereka.

"Kami cuba mendapat persefahaman kerana ini merupakan kejohanan pertama kami. Kami bangga kerana VI sekolah yang bersejarah melahirkan ramai tokoh-tokoh sukan," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video