Penyerang berprolifik daripada pasukan Sentul Lions X, Khairul Izwan Mohd Jumaidi, mempamerkan aksi menyerlah dalam saingan B-15 Kejohanan Liga Juara-Juara Milo 2025 hari ini.
Namun, disebalik keiltizaman Khairil, terselit seribu satu perih jerih yang perlu diharunginya terlebih dahulu demi melunaskan hasratnya menjadi pemain profesional satu hari nanti.
"Sewaktu kecil saya hanya bermain bola sepak memakai kasut sekolah sahaja. Tidak kira saya bermain di pasukan mana sekalipun, saya sentiasa memilih untuk menggalas tanggungjawab di posisi serangan." - katanya.
Lebih menarik, anak jati kelahiran Terengganu ini baru sahaja sebulan diserap masuk ke dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang bertempat di Pusat Latihan Daerah Sentul.
Dalam pada itu, menurut Ahmed Ezrie Shafizie Sazali selaku jurulatih Sentul Lions X dan juga bekas pemain kebangsaan, Khairil sering ditagih untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan selain dilihat sebagai prospek masa depan bola sepak negara
"Saya nampak bakat yang dimiliki Khairil sejak dia bermain di MSSD dan itu perupakan antara sebab saya memilih dia masuk ke dalam pasukan sekaligus untuk mengasah bakatnya selaku pemain bola sepak." - katanya.