Perlawanan tumpuan minggu keempat Liga Juara-Juara Milo 2025 menyaksikan perlawanan kategori B-14 membabitkan pasukan JSA Bayern dan Selangor B-12 di JSA Arena, Setia Alam, Selangor, hari ini.
Walaupun dibarisi pemain muda B-12, Selangor mendominasi babak pertama aksi dengan mendapatkan lebih penguasaan bola serta beberapa cubaan jaringan.
Gol pertama The Red Giants terhasil menerusi tandukan penyerang berjersi nombor 10, Muhd Aidil Qusyairi, yang memanfaatkan sepakan sudut sebelum tamat separuh masa pertama berakhir.
Begitupun, Bayern berjaya mengubah corak permainan dalam babak kedua sekaligus menyamakan kedudukan hasil jaringan Muhammad Irfan untuk kedua-dua pasukan terikat sehingga penghujung perlawanan.
Meskipun diberikan label sebagai salah satu pasukan terkuat dalam saingan B-14, bukan ruang untuk berasa selesa bagi jurulatih Selangor, Mohd Aliff Mohd Tun, sebaliknya dia melihat masih terdapat kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki.
"Pasukan ini B-12 dan kami pasukan paling muda untuk liga ini, tujuan utama adalah pendedahan,kami mahu menerima pendedahan daripada pasukan yang mempunyai fizikal dan taktikal.
"Paling penting mereka dapat masa bermain, kami beri peluang buat semua pemain ruang dan pamerkan bakat mereka. Ini untuk peningkatan prestasi mereka juga." katanya.