Kejohanan bola sepak akar umbi terunggul di Malaysia, Milo Junior Champions League 2025 Season B semakin menemui titik noktahnya.
Menerusi perkongsian Nadi Weekend, tumpuan terarah kepada pemain bertubuh kecil, Ammar Haris yang memiliki jiwa besar serta nafsu pemusnah persis bekas penggempur Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha.
Juara bertahan Milo Junior Champions League 2025 Season A kategori bawah 10 tahun, Prime Tiger meneruskan dominasi saingan liga yang memasuki minggu keenam.
Dua perlawanan yang berlangsung hari ini seperti dijangka memihak Prime Tiger dengan kemenangan ke atas Velocity 5-2 mengukuhkan kedudukan di takhta liga.
Ammar merupakan produk pembangunan bakat Prime Tiger, mencetus impak apabila mengetuai misi kejuaraan berganda pasukan yang berpangkalan di Shah Alam itu.
Bagaikan bulan jatuh ke riba, bakat satu dalam sejuta yang dimiliki Ammar hadir tepat pada masa dan tempatnya.
Saingan Milo Junior Champions League merupakan pentas terbaik Ammar mengejar impiannya — menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti.
Bakat luar biasa Ammar dikesan bagaikan mutiara yang bakal menyinari bola sepak Malaysia — seperti perjalanan kisah hidup idolanya, Faisal Halim.
Satu lagi pasukan berstatus juara kali ini kategori bawah 8 tahun, TSS Selangor tidak berdepan masalah untuk terus bermaharajalela menumpaskan Akademi Tunas Setia Alam 2-0.
Selaku juara Season A, TSS Selangor terus dicanang untuk muncul juara Season B, berdasarkan beberapa faktor antaranya, program akar umbi yang tersusun rapi, di samping keberkesanan rejim latihan intensifnyang mula menuai hasil positif.
Jika sejarah jadi ukuran, perkenalan pasukan TSS Selangor sudah mula menapak sejak 2013 dan sejak pada itu, pelbagai kejayaan terukir di dalam mahupun luar negara.
Penubuhan pasukan TSS Selangor dari semua lapisan umur bermula bawah 8 tahun sehingga bawah 17 tahun mencerminkan inisiatif murni di sebalik tabir demi mencungkil bakat terbaik di Selangor.