Skip to main content

Bola Sepak

Milner akui pernah fikir tinggalkan Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milner-and-klopp-cropped_1rwf2vv39zpqn1xbvdmqa9gzdt.jpg
James Milner mengakui bahawa tinggalkan Liverpool mungkin menjadi pilihannya sewaktu musim pertama The Reds dibimbing Jurgen Klopp selepas diminta bermain di luar posisi sebenar.

Pemain berusia 34 tahun itu meninggalkan Manchester City pada 2015 untuk meraih lebih banyak tempoh permainan di bahagian tengah setelah sering diletakkan selaku bek kiri bagi musim 2016-17.

Pengalaman Milner menjadi tunjang buat Liverpool dalam beberapa musim dan dia menandatangani kontrak baru sehingga 2022.

Namun, bekas pemain England itu hampir terpaksa meninggalkan The Reds tiga tahun lalu dan berkata dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan Klopp ketika sesi latihan.

"Ia menjadi keperluan pengurus ketika itu. Sentiasa ada posisi yang anda suka tetapi anda melakukan sesuatu untuk pasukan.

"Saya pernah berfikir untuk berpaling dan berkata, 'tidak, saya tidak mahu lakukannya, saya mahu berpindah'.

"Dia meminta saya melakukannya ketika pramusim dan mental saya memikirkan, 'bagaimana saya boleh dapatkan aksi terbaik di posisi itu?' dan mula mempelajarinya.

"Beberapa pemain muda terkejut apabila kami ditetapkan dalam latihan pramusim keesokan harinya. Saya di bek kiri dan ia sebahagian daripada perkara menyeronokkan."

Ditanya mengenai sesi latihan keras Klopp, Milner menambah: "Kami perlu menyesuaikan diri. Pada mulanya banyak kecederaan.

"Ia tidak masuk akal, tidak seperti tempo perlahan sewaktu di bawah kendalian Brendan Rodgers. Perjalanan itu bermula dengan cara pengurus dan bagaimana untuk kami bermain."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video