Skip to main content

Bola Sepak

Milan tidak cadang untuk belanja lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milan_4.jpg
Pengarah Ssukan AC Milan, Massimiliano Mirabelli, menegaskan pasukannya tidak akan melakukan sebarang pembelian pemain pada jendela perpindahan bulan ini walaupun kini berada di pertengahan carta Serie A.

Skuad Rossoneri hanya memenangi satu daripada empat aksi terakhir liga meskipun berbelanja besar pada musim panas lalu selepas Mirabelli membawa masuk beberapa pemain, termasuk penyerang Portugal, Andre Silva, serta bekas pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci.

Milan kini ketinggalan 12 mata daripada kelompok empat teratas hingga membuatkan pengendali, Gennaro Gattuso, berdepan tugas berat untuk memastikan pasukannya berjaya menempatkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

"Saya sentiasa bekerja keras dan amat penting untuk terus mengemaskini semua perkara," kata Mirabelli kepada Gazzetta dello Sport.

"Pada hujung minggu ini, saya akan berada di Jerman untuk menyaksikan beberapa perlawanan tetapi tidak akan ada sebarang perpindahan masuk pada bulan ini.

"Kami tidak akan melakukannya dan ia boleh dikira sebagai pengumuman rasmi. Mungkin ada pemain yang keluar tetapi ia hanya satu perkara kecil," tambahnya.

Sesetengah pemain yang baru menyertai Milan telah memberikan impak kepada skuad tetapi Silva masih belum menjaringkan sebarang gol dalam Serie A, membuatkannya dikaitkan dengan perpindahan ke pendahulu Liga Kejuaraan England, Wolverhampton Wanderers.

"Kami tidak membayar mana-mana pemain dengan harga yang lebih dan anda boleh menelitinya. Pemain-pemain yang datang sedang membentuk satu kelompok yang bagus dan walaupun masih belum memenuhi kehendak pasukan, mereka tidak gagal.

"Jangan lupa, kami telah meraih keuntungan yang baik hasil penjualan pemain dan mengekalkan pemain-pemain yang berpotensi di dalam kelab seperti Gianluigi Donnarumma, Patrick Cutrone, Davide Calabria dan Alessandro Plizzari."
 

Advertisement

Must Watch Video