Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Milan lanjut kontrak Ismael Bennacer

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ismael-bennacer_1kfu7znm54n4r180m09vujr9ni.jpg
Pemain tengah Milan, Ismael Bennacer, menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan juara bertahan Serie A, Serie A sehingga Jun 2027.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Milan dari Empoli pada Julai 2019 dan telah melakukan 129 penampilan bersama kelab.

Dia telah diturunkan dalam kesemua 24 perlawanan bersama Rossoneri musim ini -- seorang daripada dua pemain yang konsisten beraksi bersama Pierre Kalulu.

Kontrak Bennacer bakal berakhir hujung musim hadapan, tetapi pengarah teknikal Milan, Paolo Maldini, mengesahkan minggu ini bahawa perjanjian baru sudah hampir dipersetujui.

Milan mengumumkan di laman web rasmi mereka semalam bahawa pemain antarabangsa Algeria itu kini di bawah kontrak selama empat tahun setengah bersama kelab.

Pasukan bimbingan Stefano Pioli, yang ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu Napoli, berharap dapat mengikat Rafael Leao di tengah-tengah minat yang dilaporkan daripada pelbagai kelab terkemuka.
 
 

Advertisement

Must Watch Video