Skip to main content

Bola Sepak

Milan langkah kanan dalam kempen pra-musim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ac-milan-120717.jpg
Lima muka baru adalah antara tujuh pemain yang baru diikat AC Milan membuat kemunculan pertama di bawah bimbingan Vincenzo Montella dengan kemenangan pertama 4-0 ke atas Lugano dalam kempen pra-musim. 

Hakan Calhanoglu, Ricardo Rodriguez, Franck Kessie, Fabio Borini dan Mateo Musacchio masing-masing diturunkan dalam kesebelasan utama di Stadio di Cornaredo.

Begitupun, produk akademi, Patrick Cutrone dan Giovanni Crociata, lebih mencuri tumpuan apabila meledak gol buat Milan dalam tempoh sejam permainan. 

Jose Sosa, yang turut diketengahkan pada penghujung permainan, turut mencetak nama selaku penjaring dengan penyudah voli sebelum mencipta peluang jaringan buat Gustavo Gomez pada masa kecederaan. 

Kejayaan itu menyerlahkan lagi pemain yang baru tiba di Milan, yang turut sah melanjutkan perjanjian dengan Gianluigi Donnarumma sehingga musim 2021.

"Saya berpuas hati dengan sikap dan kesemua pemain bermotivasi tinggi," kata Montella kepada Milan TV.

"Latihan kami agak berlainan berbanding musim lalu tetapi pasukan akan terus meningkat apabila perlawanan semakin kerap diadakan.

"Sebagai permulaan, saya berpuas hati."

Roma turut memulakan kempen pra-musim dengan kemenangan tanpa perlu berhempas-pulas apabila mudah meratah pasukan tempatan, Pinzolo Campiglio, 8-0. 

Diego Perotti menyumbat dua gol dalam sentuhan pertama Eusebio di Francesco sebagai pengendali Giallorossi. 

Taruhan baru mereka, Rick Karsdorp dan Lorenzo Pellegrini, tidak mengambil bahagian dalam perlawanan itu akibat kecederaan dan diberi cuti, namun Maxime Gonalons diberikan aksi utama. 


 

Advertisement

Must Watch Video