BOLA SEPAK
Mike Dean tinggalkan peranan di PGMOL
Mike Dean bakal meninggalkan peranannya dalam badan yang dikenali sebagai Pengadil Profesional Perlawanan (PGMOL).
Selepas bersara daripada kerjaya di atas padang di penghujung musim 2021/22, Dean mendedikasikan dirinya untuk memperluaskan penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dan turut meluangkan masa membimbing pegawai perlawanan.
Pengadil berusia 55 tahun itu yang mula berkhidmat pada 1985 pernah menjadi pengadil dalam era Liga Bola Sepak dan Liga Perdana Inggeris (EPL) selain telah mengendalikan lebih daripada 550 perlawanan.
Iklan
Juga dalam senarai antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Dean juga mengadili perlawanan akhir Piala FA 2008 di antara Portsmouth dan Cardiff di Wembley dan merupakan salah seorang pengadil tersohor dalam kancah EPL.Mike Dean blows the full-time whistle for the final time in his career! He'll be missed ? ❤️ pic.twitter.com/qLv2Z2OZqU— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 23, 2022
"PGMOL ingin merakamkan pengiktirafan terhadap pencapaian Mike serta sumbangan besarnya kepada pengadil dan permainan ini secara keseluruhannya," kata satu kenyataan PGMOL.
"Kami berterima kasih atas dedikasinya kepada organisasi ini dalam tempoh masa yang berterusan dan kami mendoakan kejayaannya untuk masa depan."
Must-Watch Video