Skip to main content

Bola Sepak

Michail Antonio pahat nama penjaring terbanyak West Ham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

michail-antonio.jpg
WEST HAM 4 LEICESTER 1

Michail Antonio melakar namanya selaku penjaring sepanjang zaman West Ham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika pasukan yang diterajui David Moyes itu membelasah Leicester City, awal pagi tadi. 


Pemain berusia 31 tahun itu dua kali merobek gawang lawan dalam tempoh empat minit penghujung perlawanan untuk memastikan The Hammers menang 4-1 di Stadium London.

Gol berganda daripada Antonio itu menyusuli jaringan Said Benrahma yang melebarkan kedudukan 2-0 selepas Pablo Fornals memecahkan kebuntuan perlawanan sebelum Ayoze Perez mengundang kad merah. 

Dalam masa sama, Youri Tielemans menjaringkan gol sagu hati buat Leicester.

Antonio kini mengumpul 49 gol EPL bersama kelab London itu -- dua jaringan mengatasi peledak terbanyak sebelum ini, Paolo Di Canio.




Bekas pemain Sheffield Wednesday itu telah menjaringkan empat gol dalam sembilan penampilan berdepan Leicester dan sudah meledak tiga kali musim ini, sekali gus mengatasi pencapaian pemain-pemain lain setakat ini. 

Antonio meraikan sejarah berganda itu dengan menjulang lakaran kadbod gambarnya di depan penyokong sendiri yang penuh sesak.

The Hammers kini mencatat empat kemenangan berturut-turut -- rekod terbaik mereka sejak memenangi lima perlawanan berturut-turut dari 14 Januari hingga 13 Februari 2006.

Pengurus Leicester, Brendan Rodgers, pula telah tewas lima kali ketika menentang barisan kendalian Moyes, lebih banyak berbanding dengan pengurus lain dalam kancah EPL. 



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Topik Berkaitan

Must Watch Video