Skip to main content

Bola Sepak

Michael Feichtenbeiner bukan lagi ketua jurulatih Selangor FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

michael-feichtenbeiner.jpg
Selangor FC dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi mereka telah mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan Michael Feichtenbeiner daripada jawatan ketua jurulatih selepas setengah musim memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Feichtenbeiner akan kekal memainkan peranannya selaku pengarah sukan pasukan itu yang disandangnya sejak 2020.

Dengan keputusan itu, penolong jurulatih, Nidzam Jamil, akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih interim sepanjang baki saingan musim ini.

"Pencarian ketua jurulatih baru sedang dijalankan dan pihak kelab akan membuat pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian telah dibuat," tambah kenyataan itu.

"Tugas tersebut kini digalas oleh pembantu ketua jurulatih, Nidzam Jamil, yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai ketua jurulatih sementara (interim) bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2022."

Selangor seterusnya akan meneruskan saingan Liga Super dengan berdepan Terengganu FC di Stadium Petaling Jaya pada 17 Ogos ini.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video