MFL umum pindaan lima perlawanan, Piala Malaysia turut ditunda

Najmi Iman
Oktober 11, 2024 18:16 MYT
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan tarikh masa dan venue yang baru bagi lima perlawanan Liga Super sambil membuat perubahan terhadap aksi TM Piala Malaysia yang akan bermula hujung tahun ini.
Pertembungan di antara Perak bertemu pendahulu carta, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang sebelum ini sudah ditunda dua kali ekoran keadaan padang dan cuaca buruk telah dipindahkan ke 10 November 2024 pada jam 5.00 petang.

MFL hari ini mengumumkan tarikh perlawanan Liga Super 2024-2025 antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ditunda sebelum ini ke tarikh baharu.#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita

— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Justeru, pusingan ke-16 TM Piala Malaysia perlu dianjak ke 10 November 2024 kerana perlu menunggu keputusan perlawanan Perak-JDT bagi menentukan kedudukan Liga Super Malaysia untuk menjalankan undian.
Selain itu, terdapat pindaan perlawanan melibatkan jadual aksi minggu ke-13 yang dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.
1) Kuching City dan Negeri Sembilan
Tarikh Asal: 18 Oktober 2024, Jumaat
Tarikh Baharu: 20 Oktober 2024, Ahad
Waktu Sepak Mula Asal: 8:15 malam
Waktu Sepak Mula Baharu: 7:30 malam
2) Kelantan Darul Naim dan Kuala Lumpur City
Waktu Sepak Mula Asal: 5:15 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 9 malam
Venue Asal: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Venue Baharu: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
3) PDRM dan Selangor
Waktu Sepak Mula Asal: 5:30 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 9 malam
4) Perak dan Sabah
Waktu Sepak Mula Asal: 5:30 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 5:00 petang
#liga super #bola sepak #Liga Super Malaysia #Liga Bolasepak Malaysia #MFL
;