Skip to main content

Bola Sepak

MFL umum DPMM sertai Liga Super musim depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dpmm.jpg
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari hari ini mengumumkan bahawa kelab yang berpangkalan di Brunei, DPMM, akan bertanding dalam musim baharu Liga Super 2025-26.

DPMM akan beraksi sebagai kelab jemputan selepas mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk beraksi dalam saingan liga profesional Malaysia, Liga Super, yang dijangka bermula pada Ogos 2025.

DPMM bukan kelab asing dalam kancah bola sepak tempatan, di mana pasukan Brunei pernah menyertai pertandingan Piala Malaysia pada 1979 dan kemudian Liga Semi-Pro pada 1989.

Sebelum Brunei dinamakan sebagai DPMM, kelab itu pernah menjulang trofi Piala Malaysia 1999 dengan menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Super 2005-06.

"MFL amat mengalu-alukan kehadiran DPMM FC bagi menambah saingan dan kemeriahan Liga Malaysia 2024-25 selepas kali terakhir mereka tampil dalam Liga Super pada 2008.

"Sudah pasti penyertaan DPMM FC akan memberikan satu tarikan dan cabaran baharu buat Liga Malaysia, apatah lagi kelab ini memiliki sejarah tersendiri yang cukup dekat dengan penyokong tempatan.

"Selain DPMM FC, 13 lagi kelab telah mendapat Lesen Kebangsaan musim 2025-2026 seperti yang diputuskan oleh First Instance Body (FIB) semalam untuk melayakkan mereka bersaing dalam Liga Super.

"Kelab berkenaan ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Sabah, Terengganu, Penang, Kuching City, Sri Pahang, Negeri Sembilan, manakala Kuala Lumpur City, PDRM, dan Kelantan Darul Naim (Lesen Kebangsaan dengan ‘sanction’) serta dua kelab dari AFL A1, Melaka FC dan Imigresen FC.

"Musim lalu, Liga Super hanya disertai 13 kelab berbanding musim ini dengan 14 kelab.

"Walaupun pertandingan Liga Super kehilangan dua kelab, iaitu Perak dan Kedah Darul Aman, yang gagal dalam permohonan Lesen Kebangsaan, ini adalah bukti ketegasan FIB dan juga MFL terhadap kelab yang berdepan kes tunggakan gaji, dan dalam masa sama memastikan tahap integriti dan kompetitif liga profesional ini di tahap tertinggi," kata kenyataan itu.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video