Skip to main content

Bola Sepak

MFL tidak tolak saingan Piala FA dibatalkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stuart-ramalingam.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, tidak menolak kemungkinan saingan Piala FA musim ini dibatalkan seadainya masalah jangkitan COVID-19 dalam kalangan pasukan yang bertanding kian meruncing.

Jelasnya, ia satu keputusan yang terpaksa diambil atas persetujuan ahli lembaga pengarah MFL seandainya situasi lebih buruk berlaku selepas ini.

Perlawanan Liga Super membabitkan Sri Pahang FC dan Terengganu FC yang sepatutnya berlangsung di Kuantan semalam terpaksa dibatalkan berikutan 20 pemain dan pegawai pasukan tuan rumah berkenaan diuji positif koronavirus.

Turut dibatalkan adalah empat perlawanan Liga Perdana membabitkan Terengganu II-UiTM, Selangor II-Skuad Projek MSN, PDRM-Kuching City dan Perak FC-Kelantan United.

Ia menimbulkan persoalan mengenai kelancaran saingan Piala FA yang akan bermula Jumaat depan dan bagi menjawab persoalan itu, Stuart berkata kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom: "Jika minggu pertama ini menjadi (gambaran) rentak kepada musim 2022, MFL sememangnya ada percaturan pelan B dan pelan C juga demi memastikan ada lebih banyak tarikh penimbal (buffer date).

"Antara langkah awal yang boleh diambil adalah, jika kami terpaksa membatalkan mana-mana pertandingan, maka saingan Piala FA akan digadaikan demi kelangsungan saingan Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia dan pasukan kebangsaan.

"Keputusan itu perlu ditentukan ahli lembaga pengarah dan itulah yang boleh kami lakukan seandainya rentak pada minggu pertama ini berlarutan sehingga minggu ketiga atau keempat," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video