Selepas tiga kelab terakhir, iaitu Kuala Lumpur City, PDRM dan Kelantan Darul Naim (KDN) diberikan perlesenan penuh oleh badan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), masih terdapat cakap-cakap bahawa ada antara pasukan itu masih belum menyelesaikan tunggakan gaji pemain musim lalu.
Persoalan itu diajukan kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazly Shaik Mohd, berhubung dakwaan seorang bekas pemain KDN yang mempertikai tindakan badan pengelola itu memberi perlesenan penuh terhadap pasukan berkenaan pada ketika gajinya dikatakan masih belum dilunaskan.
"Pasukan Kelantan telah membuat pembayaran gaji bagi 2024. Bagi tempoh yang akan datang -- kerana kita liga dalam dua tahun semusim -- masih ada pembayaran gaji yang masih belum dilunaskan pasukan Kelantan," kata Mohd Shazly kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Namun begitu, kelab itu juga ada mengemukakan perjanjian pembayaran berkala yang akan dibuat oleh meerka.
"Jadi dokumen-dokumen berkenaan kami terima dan itulah menyebabkan lesen itu telah diberikan.
"Pelesenan bagi 2024, Kelantan telah melengkapkan semuanya, jadi tunggakan gaji berkenaan mungkin pada 2025."