Skip to main content

Bola Sepak

MFL Ikat kesepakatan dengan Pusat Pakaian Hari-Hari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hari-hari-mfl.jpg
Badan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memeterai satu kesepakatan penajaan bersama syarikat tempatan, Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH).

Penajaan tersebut dilaporkan bernilai RM500,000 untuk tempoh setahun dan boleh dilanjutkan selepas September depan sandainya syarikat itu mahu terus memberikan komitmen.

PPHH akan menjadi penaja bagi saingan Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Cabaran musim ini.

"Slogan kata ‘Hari-Hari’ di antara MFL dan PPHH berkongsi satu misi, iaitu marilah kita semua sentiasa menyokong produk tempatan dan bola sepak ksetiap hari," kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, dalam satu kenyataan rasmi.

"Sudah tentu MFL menyambut baik kehadiran PPHH menjadi salah satu rakan penaja Liga Malaysia di mana kami yakin PPHH telah membuat keputusan tepat untuk datang mengkomersialkan produk mereka dalam Liga Malaysia.

"Industri bola sepak negara cukup besar dan saya percaya PPHH akan menjadi satu penanda aras terbaik kepada syarikat-syarikat lain untuk tampil menaja Liga Malaysia di mana potensi komersial dalam industri ini cukup besar. 

"Semangat yang ditunjukkan oleh PPHH untuk bersama menyokong Liga Malaysia memberi petanda cukup baik ketika industri bola sepak terkesan akibat pandemik COVID-19.

"Seperti yang kita lihat sambutan penonton bagi perlawanan Liga Super setakat 24 Mac lalu, lebih 18 juta penonton telah menyaksikan 30 perlawanan Liga Super sama ada menerusi siaran langsung di televisyen atau platform media sosial. K

"ini kita dapat merasai saingan Liga Malaysia semakin meriah dengan kebenaran kemasukan penonton ke stadium oleh kerajaan bermula 1 April 2021, di mana iabakal memberikan lebih manfaat kepada penaj,” katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video