MFL hubungi Terengganu berkenaan isu Akhyar Rashid disamun
Saufi Tahir
Mei 3, 2024 22:33 MYT
Mei 3, 2024 22:33 MYT
Arena bola sepak negara gempar apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid, cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian bermotifkan samun.
Insiden itu berlaku ketika Akhyar pulang dari sesi latihan hingga menyebabkan pemain kelahiran Kedah itu terpaksa menerima enam jahitan akibat kecederaan pada bahagian kepala dan tapak kaki kiri.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam, ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian bersama Hong Leong MSIG Takaful selaku antara penaja baru ketika ditemui di ibu negara hari ini.
Ia sekali gus menyaksikan saham Liga Malaysia tetap bernilai tinggi meskipun kerap dikritik dan terpalit dengan beberapa kontroversi terutama isu tunggakan gaji.
"MFL akan berhubung dengan kelab bagi memahami apa yang telah berlaku tetapi lebih sesuai sekiranya kelab sendiri yang membuat kenyataan.
"Kita mempunyai 12 penaja yang sudah sah dan tiga kali di dalam rundingan terakhir.
"Kami rasa apabila liga bermula kita akan mempunyai 13 penaja dan dua lagi akan masuk dalam suku musim kerana terdapat perbincangan perundangan yang kami perlu menghormati.
"Kami harap pada musim ini kami akan mempunyai 15 penaja secara keseluruhannya." katanya.