PDRM turun tanpa kelibat ketua jurulatih, P. Maniam yang direhatkan semalam dengan penolong jurulatih, Eddy Gapil menggalas tugas penting itu.
Tambahan pula Selangor turun dalam aksi final kedua malam ini dengan kelebihan agregat 3-0 selepas The Cops dihukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan didapati bersalah melanggar artikel 57 bersama artikel 32 dalam kod tatatertib FAM kerana menurunkan pemain yang tidak berkelayakan pada perlawanan tersebut.
Selangor terus garang, seawal minit keempat gawang PDRM sudah berjaya dibolosi Ali Olwan.
Belum sempat PDRM memperkemas aksi, barisan bimbingan Katsuhito Kinoshi mengganas lagi untuk mencetak gol kedua dalam masa 10 minit menerusi jaringan Yohandry Orozco sekaligus melebarkan jurang agregat kepada 5-0.
Ini juga merupakan gol ke-10 Orozco bersama Selangor musim ini.
PDRM makin buntu, sebelum pasrah memasuki bilik persalinan dengan ketinggalan tiga gol hasil jaringan Ronnie Fernandez pada minit ke-29.
Babak kedua, Katsuhito memasukkan Faisal Halim dengan dia memakai lilitan kapten menggantikan Ronnie Fernandez, sebelum peluang terbaik Faisal hadir pada minit ke-72 namun gagal menembusi gawang.
Sebelum Orozco menjadikan kedudukan 4-0 sekaligus memastikan Selangor menundukkan PDRM untuk muncul juara Piala Cabaran.