CHALLENGE CUP
MFL Challenge Cup: Kenapa PDRM dihukum FAM? Apa salah The Cops?
Aksi PDRM Final 1 saingan Piala Cabaran terbatal ekoran kegagalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan sekaligus perlu mengejar defisit jaringan menjelang aksi Final 2 bertemu Selangor di Stadium MBPJ esok.
PDRM kerana telah didapati bersalah menurunkan pemain yang tidak berkelayakan pada Final 1 MFL Challenge Cup 2024-2025 menentang Selangor FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya Sabtu lalu.
Pada perlawanan tersebut, PDRM memasukkan Mohd Safiee Ahmad sebagai pemain gantian pada minit ke-58, sedangkan pemain itu sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning iaitu pada perlawanan Suku Akhir 1 menentang Melaka FC dan perlawanan Separuh Akhir 2 bertemu Kedah Darul Aman FC.
Iklan
PDRM FC telah didapati bersalah kerana melanggar Artikel 57 (berkenaan ketidaklayakkan) yang dibaca bersama Artikel 32 (berkenaan perlucutan hak) dalam Kod Tatatertib FAM apabila menurunkan pemain yang tidak berkelayakan pada perlawanan tersebut.
Sehubungan itu, PDRM FC telah dihukum dengan dilucutkan hak perlawanan dan dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan keputusan 3-0 dan perlu membayar denda sebanyak RM3,000.
Must-Watch Video