CHALLENGE CUP

MFL Challenge Cup: Drama penalti bawa Sang Saka Biru ke final selaku juara bertahan tewaskan Kedah di Darulaman

Najmi Iman 01/02/2025 | 16:09 MYT
Keajaiban jaringan minit akhir juara bertahan, PDRM, mengukir senyuman kegembiraan meskipun bermandi peluh menewaskan Kedah Darul Aman untuk perlawanan akhir MFL Challenge Cup selepas kemenangan menerusi sepakan penalti di Stadium Darulaman, sebentar tadi.
Skuad kendalian P. Maniam yang bertandang ke Stadium Darulaman membawa misi hidup mati apabila mereka gagal mencari kelebihan sewaktu aksi timbal balik pertama di Selayang, minggu lalu.
Sebanyak enam gol dicatatkan yang menyaksikan skuad Sang Saka Biru mempersiakan peluang untu meraih slot awal ke pentas akhir apabila anak buah Victor Andrag menyamakan kedudukan 3-3, sekali gus membakar semangat Sang Kenari.
Tirai jaringan akhirnya dibuka selepas terpaksa menunggu hampir 60 minit permainan tatkala Amirul Hisyam Awang Kechik menampan bola mengelirukan penjaga gol skuad pelawat, Bryan See Tian Keat, untuk kedudukan terkini 1-0.
Bekas penjaga gol Harimau Malaya, Ifwat Akmal Chek Kassim, bertindak sebagai posisi nombor satu Kedah mempamerkan persembahan terpuji susulan banyak melakukan penyelamatan penting selain pujian dan kredit harus diberikan selepas banyak menafikan serangan PDRM.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, drama di akhir permainan menjadi saat getir buat pasukan tuan rumah apabila pemain gantian, Shafizi Iqmal Md Khirudin, menyumbat gol pada minit ke-96 yang menghidupkan peluang menyelamatkan maruah PDRM menuju masa tambahan.
Kedua-dua pasukan buntu susulan setiap serangan gagal diterjemahkan kepada jaringan memaksa dua gergasi Liga Super Malaysia itu mengharungi sepakan penalti bagi menentukan kemenangan.
PDRM sah ke final selepas kecemerlangan Bryan See menidakkan sepakan penalti terakhir Kedah.
Senarai penjaring sepakan penalti.
Kedah:
1) Amirul Hisyam Awang Kechik
2) Akmal Zahir
3) Fadzrul Danel Mohd Nizam
4) Ebenezer Assifuah
PDRM
1) Kyaw Min Oo
2) Shahrel Fikri Mohd Fauzi
3) Bruno Suzuki
4) Shafizi Iqmal Md Khirudin
5) Badrul Affendy Fadzli
Menanti mereka di final ialah Selangor atau Penang yang akan membuat perhitungan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, esok.

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

#bola sepak #PDRM #Kedah Darul Aman #MFL Challenge Cup
;