First Instance Body (FIB) memutuskan untuk menjatuhkan denda buat kali ketiga terhadap Kelantan The Real Warriors (KTRW) dan PDRM berikutan tidak menerima sebarang maklum balas tentang resit pembayaran atau pelan pembayaran tunggakan gaji.
Unit Financial Fair Play Liga Bolasepak Malaysia (FFP MFL) atas arahan FIB sebelum ini telah menghantar dua surat amaran kepada kedua-dua kelab tersebut bagi menuntut bukti pembayaran atau pelan pembayaran tunggakan, namun tiada sebarang penyelesaian terhadap tunggakan tersebut.
Selain daripada hukuman bayaran sebanyak RM70,000, kedua-dua kelab Liga Super itu juga menghadapi perintah larangan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua bagi musim 2025/26.
FIB juga telah memberikan masa sehingga 31 Disember 2025 kepada Kelantan TRW dan PDRM untuk menyelesaikan isu tunggakan tersebut dan jika kedua-dua kelab tidak menepati tarikh yang diberikan oleh FIB maka tindakan lebih tegas di bawah Artikel 14(1)(e) Peraturan FFP MFL bagi musim 2025-2026 boleh diambil.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang