Skip to main content

Bola Sepak

Mesut Ozil jadi sasaran Newcastle United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mesut-ozil.jpg
Media Turki melaporkan bekas pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil, dalam senarai pendek perpindahan Newcastle United, Januari depan. 

Newcastle telah dikaitkan dengan sejumlah pemain handalan pada awal era baru selepas saham kelab itu dikuasai oleh konglomerat dari Arab Saudi. 

Mereka sedang rancak merangka jendela perpindahan musim sejuk bagi menyelamatkan kempen mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) memandangkan The Magpies kini di kedudukan ke-19 dengan hanya tiga mata selepas gagal mencipta sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan. 

The Magpies belum membuat tawaran rasmi, tetapi Ozil yang sedang memperkuatkan jaguh Turki, Fenerbahce, selepas meninggalkan The Gunners kurang dari setahun menjadi antara pilihan utama termasuk rakan sepasukannya di pintu gol, Altay Bayindir. 

Semalam, Steve Bruce menjadi korban pertama Newcastle dan pengurus itu mengakui ia teramat berat untuk ditanggungnya sambil memberi isyarat bahawa ia mungkin menjadi tugasan terakhirnya dalam bidang pengurusan.



 


"Ketika saya sampai di Newcastle, saya fikir saya dapat menangani semua tohmahan yang dilemparkan kepada saya tetapi ia nyata sangat sukar," kata Bruce sebaik dipecat. 

"Saya tidak begitu diingini di sini, berasakan bahawa orang mahu melihat saya gagal, saya dilabel sebagai seorang yang sentiasa gagal, tidak berguna, membazirkan ruang yang besar, tidak cekap atau apa sahaja. Ia berlaku sejak hari pertama lagi.

"Ketika kami menghasilkan keputusan yang baik, mereka akan berkata, 'ya tetapi gaya bola sepak yang diterapkannya adalah sampah' atau saya sekadar bernasib baik. Ia tidak masuk akal dan berterusan walaupun kami melakar hasil yang bagus.

"Malah, kami dilabel pasukan yang akan tersingkir dalam musim pertama kendalian saya di sini. Kami menduduki tempat ke-13. Kritikan semakin meningkat pada musim kedua. Tetapi kami masih mampu meraih tangga ke-12 dengan 17 mata di depan tiga pasukan tercorot. 

"Saya sering menikmati saingan demi membuktikan tanggapan silap orang ramai. Ini memang sesuatu yang merugikan kerana biarpun memenangi perlawanan, saya tidak berasakan bahawa mampu memenangi hati penyokong."


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video