Bintang sukan sentiasa melalui fasa sukar untuk mengekalkan kecergasan apabila mereka bersara selepas bertahun-tahun melalui fasa terbaik dalam kerjaya.
Dan perubahan ketara yang dapat dilihat itu biasanya pada fizikal mereka kerana mereka tidak lagi diperlukan untuk mengekalkan tahap kecergasan secara optimum.
Tetapi dalam zaman moden kini ada juga yang enggan berputus asa dengan rutin yang menjadikan mereka ahli sukan bertaraf dunia.
Malah, ada segelintir yang menganggap semua masa rehat yang mereka lalui buat masa kini sebagai peluang untuk membawa kecergasan mereka ke tahap lebih tinggi.
Dan dengan berbuat demikian, mereka membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Antaranya adalah dua figura terkenal bola sepak dunia iaitu:
1. Mesut Ozil
Mesut Ozil telah mengejutkan peminat bola sepak di seluruh dunia dengan transformasi tubuhnya yang menakjubkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Ozil bersara pada usia 34 tahun tahun lalu selepas berkhidmat sementara dengan Istanbul Basaksehir.
Dan nampaknya pemain Jerman itu telah menghabiskan sebahagian besar masanya untuk berada di gimnasium, membina beberapa jisim tubuh yang sukar dipercayai bahkan telah membawa kepada pujian daripada bekas rakan sepasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Legenda itu nampaknya berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding zamannya di Madrid dan Arsenal.
2. Fernando Torres
Fernando Torres menggamatkan dunia semasa berada di Atletico Madrid dan Liverpool.
Bagaimanapun, prestasi Torres merosot dengan ketara selepas dia menyertai Chelsea dengan rekod kontrak £50 juta (RM298 juta) ketika itu.
Penyerang lagenda itu menggantung butnya pada 2019 dan dengan pantas menukar susuk tubuhnya yang kurus kepada susuk tubuh yang besar.
Pemain Sepanyol itu kini kelihatan lebih seperti bekas pejuang UFC berbanding pemain bola sepak yang hebat pada usia 40 tahun.
Kalau ini tentang Ozil dan Torres, bagaimana pula dengan keadaan semasa Wayne Rooney? Anda rasa bagaimana?
Zaki Zainal
Wed Apr 03 2024