BOLA SEPAK

Messi? Zanetti 'tidak boleh kata' Inter mahukan bintang Barca itu

Ammar Hakim 12/03/2021 | 03:29 MYT
Naib presiden Inter, Javier Zanetti 'tidak boleh mengatakan' pendahulu Serie A mahukan Lionel Messi kerana dia percaya bintang Barcelona itu akan kekal di Camp Nou.
Masa depan Messi mendominasi tajuk utama, dengan pemenang Ballon d'Or enam kali itu dijangka bakal menyertai juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) atau pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City secara percuma pada penghujung musim ini.
Inter turut dilihat sebagai destinasi Messi, yang cuba meninggalkan Barca menjelang musim 2020-21 bermula.
Legenda Argentina dan Inter, Zanetti, bagaimanapun berasakan pemain berusia 33 tahun itu bakal terus beraksi bersama Barca melewati musim ini.
"Kami tidak boleh berkata begitu, dia pemain Barcelona dan telah berada di sana sepanjang kariernya. Saya berasakan dia akan kekal di sana," kata Zanetti.
"Kami memberikan tumpuan terhadap barisan pemain yang dimiliki. Kami perlu fokus kepada diri sendiri, fokus untuk perlawanan seterusnya."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Diminta membandingkan Messi dengan legenda bola sepak, Diego Maradona -- yang meninggal pada bulan November -- Zanetti berkata: "Saya tidak dapat membuat perbandingan, mereka berdua sang juara yang hebat.
"Selalu bagus apabila pemain besar berpindah ke Serie A. Ketika Cristiano Ronaldo tiba, itu bagus untuk liga."
;