Pemenang Ballon d'Or sebanyak lapan kali, Lionel Messi, menggesa rakan sepasukannya di Inter Miami untuk terus bersatu teguh selepas tewas 0-3 ketika menentang Orlando City dalam kempen 'Major League Soccer' (MLS) awal pagi tadi.
Keputusan itu merupakan kekalahan kelima Miami dalam tujuh perlawanan terakhir mereka dan telah bolos 20 gol sejak perlawanan pertama separuh akhir Piala Juara-Juara Concacaf menentang Vancouver Whitecaps pada April tahun lalu.
"Ia merupakan tempoh yang sukar tetapi kami perlu bersatu untuk meneruskan perjuangan dan bangkit semula menjadi pasukan yang sebenar.
"Kami perlu lebih bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya," katanya selepas tamat permainan.
Sepanjang perlawanan, Messi hanya berjaya melakukan dua percubaan tepat ke gawang gol lawan selain turut gagal memanfaatkan sepakan percuma dimiliki mereka.
Kekalahan itu jelas menunjukkan kelemahan benteng pertahanan Miami serta mutu permainan jentera bahagian tengah dan penyerang mereka yang tumpul sepanjang perlawanan berlangsung.
Berikutan kekalahan itu, Inter Miami kini jatuh ke tangga keenam liga dengan 22 mata, manakala Orlando City pula melonjak naik melepasi mereka di tangga kelima.