Lionel Messi belum pasti diturunkan menjelang aksi bertemu Sevilla esok selepas tidak menjalani latihan penuh bersama Barcelona, semalam.
Messi terlepas dua aksi persahabatan antarabangsa bersama Argentina, termasuk ketika mereka dimalukan Sepanyol 6-1 di Madrid.
Pengurus Barca, Ernesto Valverde, menyifatkan Messi perlu melalui ujian kecergasan selepas kembali daripada tugasan antarabangsa kerana mengalami masalah kecederaan paha.
Wakil kelab mengesahkan bintang sensasi itu telah kembali menyertai kem latihan Barca, namun sekadar mengharungi latihan ringan.
Dalam masa sama, masih belum ada sebarang perkembangan tentang penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen, yang terlepas aksi persahabatan di antara Jerman dan Brazil akibat kecederaan lutut.
"Latihan telah diadakan di padang Tito Vilanova, menyaksikan Messi menjalani sebahagian kecil daripada sesi itu dan pemain Barca B, Carles Alena, turut serta bersama skuad utama," kata kenyataan wakil kelab.