Skip to main content

Bola Sepak

Mertens, Chadli bantu Belgium atasi Estonia

dries-mertens-100617.jpg
ESTONIA 0 BELGIUM 2

Roberto Martinez berasa gembira dengan Belgium selepas mengatasi 10 pemain Estonia dalam aksi kelayakan Piala Dunia untuk semakin hampir ke Piala Dunia Russia 2018. 


Dries Mertens dan Nacer Chadli muncul penjaring dalam kemenangan 2-0 Belgium untuk jadual Kumpulan H di tempat lawan, awal pagi tadi. 

Mertens, yang berada di kemuncak prestasi meraikan jaringan pembukaan sebelum pemain lawan, Artjom Dmitrijev, diarahkan meninggalkan padang ketika menuju waktu rehat. 

Chadli kemudian mengukuhkan kedudukan Belgium untuk anak buah Martinez itu menjarakkan diri dengan Greece kepada empat mata.

"Ia perlawanan yang sukar," kata Martinez kepada RTBF. 

"Ia detik sukar buat kami menjelang tempoh percutian pemain, tetapi kami sangat fokus, sabar dan mampu mengekalkan disiplin. 

"Ia perlawanan yang rumit, kami beraksi bagus dan gol kedua itu penting. Memang benar ia hadir agak lewat. Jka ia dijaringkan lebih awal, pasti keadaan berubah, namun kami mencipta deretan peluang. 

"Apa yang penting adalah beraksi baik dan tidak dibolosi."

Mertens berkata: "Adalah sukar berdepan Estonia kerana mereka beraksi sangat baik, setiap pemain begitu kepenatan. 

"Sukar untuk beraksi di atas keadaan padang seperti itu. Akhirnya kami memungut tiga mata di mana semua orang beranggapan kami akan menang besar ke atas pasukan seperti ini."

Tambah ketua pasukan Belgium, Vincent Kompany: "Ia aksi yang bagus. Kami berdepan kesukaran dan sebuah pasukan yang tersusun. Sekarang, pasukan kerdil pun tahu bagaimana untuk melindungi kubu mereka."

Advertisement

Must Watch Video