Skip to main content

Bola Sepak

Menyeru Nakama seluruh dunia! Borussia Dortmund umum kolaborasi dengan One Piece

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bvb-x-one-piece.jpg
Kelab gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund, mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan projek kolaborasi dengan animasi dan komik terkenal Jepun, One Piece.

One Piece merupakan sebuah francais Toei Animation yang dihasilkan Eiichiro Oda sejak 25 tahun lalu.

Ia mengisahkan pengembaraan epik Monkey D. Luffy bersama Kru Topi Jerami (Straw Hat Crew) dalam usaha mencari harta karun terulung, One Piece, peninggalan Raja Lanun, Gol D. Roger.

"Dalam beberapa hari akan datang, Borussia Dortmund dan studio anime, Toei Animation, akan menganjurkan aktiviti yang menggabungkan keterujaan bola sepak dengan semangat pengembaraan dan kerja berpasukan Kru Topi Jerami daripada siri One Piece, yang amat berjaya di peringkat global," kata Dortmund dalam laman web rasmi mereka.

Antara yang menanti peminat Dortmund ialah aktiviti berkaitan One Piece sekitar perlawanan menentang Mainz pada hujung bulan ini, permainan kad One Piece dalam BVB Fanwelt dan beg goodie eksklusif pada hari perlawanan.

Pengarah Urusan Borussia Dortmund, Carsten Cramer, berkata: "Ramai pemain kami adalah peminat tegar One Piece, jadi Borussia Dortmund sudah lama mempunyai hubungan semula jadi dengan anime itu. 

"Tahun lalu, kami melakukan aktiviti bersama semasa jelajah kami di Asia. Kini, One Piece akan datang melawat stadium kami di Dortmund - ia adalah langkah untuk perkongsian kami dengan mereka dan kami amat teruja."
 

Advertisement

Must Watch Video