Skip to main content

Bola Sepak

Menteri Besar Negeri Sembilan dilantik selaku Pengerusi NSFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbns.jpg
Selepas pelbagai spekulasi mengenai nama-nama besar bakal menyertai Negeri Sembilan menjelang musim baharu Liga Super, kelab tersebut menerima sokongan moral apabila Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, dilantik sebagai pengerusi pasukan yang baru. 

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, menganggap pelantikan tersebut mencerminkan komitmen dengan memperkukuh struktur pentadbiran pasukan yang beraksi dalam Liga Super itu.

Dengan pelantikan ini, PBNS kini dapat memberi tumpuan penuh dalam memperkasakan pembangunan akar umbi dan struktur bola sepak negeri termasuk pembangunan belia, kejohanan tempatan, dan kejurulatiha manakala NSFC akan terus digerakkan sebagai kelab profesional yang berdaya saing di peringkat kebangsaan dan serantau.

   

Advertisement

Must Watch Video